Link Series

Fleksibiliti sepenuhnya di tangan anda – Dapatkan tawaran perlindungan dan pelaburan yang tepat.

Sama ada anda akan memperoleh ijazah anda, memulakan keluarga atau merancang untuk persaraan, anda perlu miliki sebuah pelan kewangan yang kukuh bagi menyokong matlamat anda serta menyediakan anda untuk sebarang ketidakpastian dalam kehidupan.

Berikut adalah beberapa soalan yang sering ditanya untuk membantu anda memahami produk kami dengan lebih baik.

 
FirstLink  |  SmartLink  |  TakafulLink

FirstLink
Mulakan langkah Pertama dengan Pelan Ideal



Apakah FirstLink?

 

FirstLink adalah satu pelan sumbangan berkala berkaitan-pelaburan yang memberi anda kebebasan untuk mengubahsuai pelan anda bagi memenuhi keperluan gaya hidup anda pada setiap peringkat kehidupan anda. Pelan ini juga meraikan pencapaian dalam kehidupan anda melalui ciri uniknya Bonus AchieveFirst.

FirstLink adalah sesuai jika anda berumur di antara 19 dan 25 tahun. Dengan sumbangan minimum berjumlah RM100 sebulan, anda boleh memilih supaya pelan anda matang apabila anda mencapai umur 80 atau 100 tahun.

 

Apakah tawaran FirstLink?

 

Manfaat-manfaat unik berikut disediakan hanya untuk anda melalui Takaful FirstLink.

Raikan pencapaian peringkat kehidupan anda Sempurnakan salah satu daripada peristiwa-peristiwa berikut dan kami akan RAIKAN pencapaian anda melalui Bonus AchieveFirst1. Anda akan menerima RM500 jika anda Berjaya melakukan peristiwa tersebut sebelum anda mencapai umur 50 tahun. Anda boleh membuat tuntutan ini sekali sahaja.
  • Membeli rumah pertama anda
  • Berkahwin
  • Apabila anak anda dilahirkan
  • Menunaikan ibadah Haji
  • Menunaikan ibadah Umrah
  • Memperoleh ijazah pasca siswazah
Peroleh Bonus Loyalti1 Bayar sumbangan anda secara konsisten dan kami akan memberi anda 5% daripada sumbangan perlindungan tahunan anda selepas lengkap tahun sijil ke-10 dan setiap 3 tahun selepas itu.
Perlindungan berterusan2 semasa tempoh sukar Pelan ini memastikan bahawa perlindungan anda akan berterusan sehingga enam bulan jika anda tidak mampu membayar sumbangan akibat kehilangan pekerjaan.
1 Tertakluk kepada terma dan syarat
2 Merujuk kepada pengangguran secara terpaksa. Tertakluk kepada terma dan syarat.

 

Bagaimana saya boleh membuat tuntutan untuk Bonus AchieveFirst?

 

1. Pastikan bayaran sumbangan anda adalah terkini.
2. Buat satu salinan yang disahkan benar bagi dokumen-dokumen berikut:

Peristiwa Dokumen yang diperlukan
Membeli rumah pertama anda Perjanjian Jual Beli
Berkahwin Sijil perkahwinan
Apabila anak anda dilahirkan Sijil kelahiran
Menunaikan ibadah Haji Visa Haji
Menunaikan ibadah Umrah Visa Umrah
Memperoleh ijazah pasca siswazah Sijil pasca siswazah

3. Serahkan salinan di mana-mana cawangan kami di seluruh negara.
4. Selepas ia disahkan, kami akan memberikan anda cek untuk pencapaian anda.

 

Bagaimana untuk meningkatkan lagi FirstLink Takaful anda?

 

Anda boleh meningkatkan taraf perlindungan anda dengan manfaat-manfaat3 tambahan berikut untuk memenuhi keperluan kewangan anda.

Dapatkan perlindungan perubatan dan kesihatan
  • Medic Essential adalah satu pelan perubatan yang berpatutan. Ianya membayar balik bil-bil perubatan untuk kemasukan ke hospital dan pembedahan. Pilih daripada 5 pelan yang disediakan mengikut keperluan anda.
  • Anda juga boleh mengambil Hospital Benefit untuk pendapatan tambahan bagi kemasukan ke hospital.
Sediakan pendapatan untuk yang tersayang
  • Pilih Family Income Benefit komprehensif kami yang akan membantu anda atau keluarga anda dengan menyediakan pendapatan bulanan jika anda menghidapi penyakit kritikal, hilang upaya atau kehilangan nyawa.
Perlindungan terhadap kemalangan
Tingkatkan dana simpanan anda
  • Gandakan simpanan anda melalui pelaburan dengan Takaful Saver sama ada dalam Takafulink Dana Ekuiti atau Takafulink Dana Ekuiti Dinasti. Dana-dana agresif ini bersesuaian dengan anda jika anda mempunyai toleransi risiko yang tinggi.
3Penyertaan manfaat tambahan adalah tertakluk kepada pengunderaitan dan sumbangan tambahan.

 

 
Takaful SmartLink
Pelan Bijak Untuk Masa Hadapan Anak Anda



 
Takaful Link
Satukan Matlamat Kewangan anda untuk Kebebasan Kewangan Sepenuhnya



Apakah Takaful Link?

 

Takaful Link adalah satu pelan sumbangan berkala berkaitan-pelaburan yang matang apabila anda mencapai umur 80 atau 100 tahun. Dengan pelbagai manfaat tambahan yang disediakan, anda dapat memiliki pelan takaful komprehensif yang dapat membantu anda menguruskan keperluan anda yang berubah-ubah.

Takaful Link adalah untuk anda jika anda berumur di antara 26 dan 70 tahun.

 

Apakah tawaran Takaful TakafulLink?

 

Daripada jumlah serendah RM100 sebulan, anda akan menikmati manfaat di bawah kerana menjadi pelanggan setia kami.

Peroleh Bonus Loyalti4 Bayar sumbangan anda secara konsisten dan kami akan memberi anda 5% daripada sumbangan perlindungan tahunan anda selepas lengkap tahun sijil ke-10 dan setiap 3 tahun selepas itu.

Lengkapkan liputan perlindungan anda dengan manfaat-manfaat tambahan5 berikut untuk memenuhi keperluan kewangan anda.

Tingkatkan perlindungan perubatan dan kesihatan anda
  • Hanya dengan Takaful Health2 anda boleh mendapat manfaat Bilik & Penginapan LEBIH TINGGI dan diberi GANJARAN melalui Bonus bagi Tiada Tuntutan (NCB)4. Anda juga mempunyai fleksibiliti untuk memilih opsyen ko-takaful atau deduktibel sebanyak RM3,000 atau RM10,000.
  • Tingkatkan perlindungan perubatan anda dengan manfaat-manfaat berikut:
    • TH Auto Upgrade - Pelan anda akan dipertingkatkan ke pelan lebih tinggi secara automatik pada ulang tahun ke-5 atau ke-10 tanpa mengira keadaan kesihatan atau sebarang tuntutan perubatan yang anda telah lakukan.
    • TH Annual Limit Waiver - Manfaat ini disediakan untuk semua pelan Takaful Health2. Anda boleh sertakannya dan membuat tuntutan sehingga had seumur hidup (tertakluk pada ko-takaful) dalam tempoh satu tahun.
    • TH Retirement - Jika anda memilih opsyen deduktibel untuk Takaful Health2 anda, rider ini akan ditukarkan semula kepada ko-takaful apabila anda mencapai umur 55 tahun.
  • TH Overseas - Dapatkan rawatan di luar negara iaitu di Singapura, Hong Kong, China atau India untuk LIMA jenis keadaan yang dilindungi:
    - Pembedahan berkaitan dengan kanser
    - Pembedahan saraf
    - Pembedahan pintasan arteri koronari
    - Pembedahan injap jantung
    - Pembedahan pemindahan organ
Perlindungan untuk penyakit kritikal Sertakan Crisis Shield atau Crisis Cover Plus untuk mendapat perlindungan bagi 36 jenis penyakit kritikal.
Perlindungan untuk wanita
  • Sertakan Takaful Puteri atau Takaful Puteri Plus untuk perlindungan terhadap semua kanser dan penyakit berkaitan wanita, komplikasi ketika hamil dan penyakit-penyakit kongenital bayi.
  • Jika anda mahukan perlindungan ketika anda hamil dan selepas melahirkan anak, dapatkan Baby Care. Sila rujuk kepada risalah Takaful SmartLink (Manfaat Kehamilan & Bayi) untuk maklumat lanjut.
Tingkatkan dana simpanan anda Tingkatkan simpanan anda melalui dana pelaburan terurus kami, Takafulink Dana Urus, atau cepatkan pertumbuhannya dengan melabur dalam ekuiti melalui Takafulink Dana Ekuiti atau Takafulink Dana Ekuiti Dinasti.
Pelihara dana simpanan anda Kekalkan simpanan anda untuk hari kemudian dengan melabur dalam dana yang lebih terjamin, Takafulink Dana Bon.
4 Tertakluk kepada terma dan syarat.
5 Lampiran manfaat tambahan adalah tertakluk kepada pengunderaitan dan sumbangan tambahan.

 

Apakah manfaat lazim Takaful Link Series?

 

Kematian Penama anda berhak mendapat:
a) jumlah perlindungan asas, dan
b) nilai unit dalam akaun.
Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD) Jumlah perlindungan akan dibayar apabila anda dan anak anda hilang upaya kekal dan menyeluruh sebelum berumur 70 tahun atau tamat tempoh sijil, yang mana terdahulu.
Kematangan Nilai unit dalam akaun akan dibayar apabila pelan matang.
Penyerahan Nilai unit dalam akaun akan dibayar kepada anda apabila anda menyerahkan sijil anda.

 

Berapakah bayaran sumbangan saya untuk pelan ini?

 

Sumbangan perlindungan bulanan minimum untuk Takaful FirstLink dan Takaful TakafulLink ialah RM100.
 
Contoh Jadual Sumbangan

Butiran Aida Saiful
Umur 23 35
Pelan Takaful FirstLink Takaful Link
Umur Tamat Tempoh 80 100
Status Kesihatan Bukan perokok Perokok
Pekerjaan Eksekutif Pengurus
Jumlah Perlindungan6 RM66,000 RM60,000
Kekerapan pembayaran Bulanan Bulanan
Amaun sumbangan RM100 RM100
6 Ini adalah perlindungan minimum berdasarkan Sumbangan Perlindungan anda.

 

Bagaimanakah Takaful Link Series berfungsi?

 

Takaful Link Series adalah berdasarkan model Wakalah Bil Ajr di mana kami menempatkan sumbangan anda ke dalam akaun anda selepas kami mengambil caj wakalah. Ini adalah yuran untuk perkhidmatan-perkhidmatan yang kami sediakan.

 

Apakah caj-caj yang terlibat dalam Takaful Link Series?

 

Butiran caj Wakalah dan caj-caj lain disenaraikan dalam jadual di bawah.

Jenis caj Butiran caj
Caj Wakalah pendahuluan Caj ini digunakan untuk membayar komisen dan perbelanjaan berkaitan pengagihan serta perbelanjaan pengurusan. Caj sebagai peratusan7 daripada sumbangan perlindungan anda seperti yang ditunjukkan di bawah.
 
Tahun Sijil 1 2 3 4 5 dan 6 7 dan ke atas
Caj Wakalah pendahuluan 60% 60% 50% 30% 20% 0%
  Untuk Takaful Saver, caj wakalah pendahuluan ialah 5% sepanjang tahun sijil.
Caj perkhidmatan Caj perkhidmatan adalah RM6 sebulan untuk bayaran melalui tunai atau cek sementara caj untuk cara bayaran lain adalah RM5. Ini adalah untuk perbelanjaan perkhidmatan sijil.
Caj pengurusan asset Kami mengenakan caj ini secara tahunan pada dasar harian daripada nilai akaun pelaburan anda untuk perbelanjaan pengurusan pelaburan anda.
Takaful link Dana Bon 0.5% setahun
Takaful link Dana Urus 1.3% setahun
Takaful link Dana Ekuiti 1.5% setahun
Takaful link Dana Ekuiti Dinasti 1.5% setahun
Caj penambahan Kami mengenakan caj 5% untuk setiap penambahan sumbangan tunggal. Di samping itu, untuk setiap penambahan yang kurang daripada RM5,000, caj tambahan sebanyak RM25 akan dikenakan.
Caj menukar ganti dana Kami menyediakan empat tukar ganti percuma setiap tahun. Untuk sebarang tukar ganti lanjutan dalam tempoh tahun tersebut, caj tukar ganit ditetapkan pada 1% daripada amaun yang ditukar ganti (tertakluk kepada maksimum RM50).
Terbaru' Kami menolak suatu amaun setiap bulan berdasarkan umur, jantina, status kesihatan, pekerjaan (jika berkenaan), amaun perlindungan dan tempoh perlindungan. Perlindungan takaful adalah daripada Dana Tabarru'.
7 Ini adalah caj untuk sijil yang bertempoh 20 tahun atau lebih. Untuk sijil yang mempunyai tempoh kurang daripada 20 tahun, ia akan dikurangkan sewajarnya. Sila rujuk kepada ilustrasi pelan untuk maklumat yang lebih terperinci.

 

Adakah saya akan menerima sebarang Lebihan daripada pelan ini?

 

Anda layak menerima sekurang-kurangnya 50% daripada lebihan yang diagihkan (jika ada) pada setiap tahun. Baki sehingga 50% dikongsi bersama kami sebagai insentif untuk mengurus Dana Tabarru'. Lebihan yang boleh diberikan kepada anda akan dimasukkan semula ke dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) anda.

 

 xxxxx