PruBSN CrisisCover

Kerana anda patut menerima yang terbalik

Ramai antara kita tidak sedar tentang kepentingan penjagaan kesihatan. Kita sering mendengar tentang berlakunya peristiwa-peristiwa yang tidak dijangka hampir setiap hari di dalam kehidupan kita. Berapa kerapkah anda mendengar rakan atau ahli keluarga yang jatuh sakit, dan mendapati dirinya disahkan menghidap penyakit kritikal?
 
Tanpa perlindungan yang secukupnya, kita kadang kala berasa tidak berdaya apabila dilanda musibah. Bersiap sedia dengan satu perancangan kewangan adalah satu langkah bijak yang perlu diambil sekarang. Hidup anda amat berharga.Bukan hanya kepada anda, tetapi juga kepada mereka yang anda kasihi. Satu perancangan kewangan yang baik akan membantu anda di saat memerlukan, membolehkan anda memberi tumpuan untuk pulih, manakala hal-hal lain diuruskan untuk anda.
 
Berikut adalah beberapa soalan yang sering ditanya untuk membantu anda memahami produk kami dengan lebih baik.

Apakah PruBSN CrisisCover?

 

PruBSN CrisisCover adalah satu pelan yang dihasilkan dengan teliti untuk memberi perlindungan meluas untuk anda dan orang tersayang daripada krisis kewangan sekiranya kejadian yang tidak diingini berlaku. Penyakit-penyakit kritikal seperti serangan jantung, kanser, penyakit arteri koronari,strok, kegagalan buah pinggang, penyakit hati kronik adalah antara penyakit-penyakit berkaitan yang dilindungi, serta kehilangan nyawa dan hilang upaya kekal dan menyeluruh.
 
Selain daripada itu, anda juga boleh mengambil perlindungan tambahan untuk mengukuhkan lagi tahap perlindungan anda.
 
PruBSN CrisisCover. Bantuan di saat anda paling memerlukannya.

 

Bagaimana PruBSN CrisisCover membantu anda?

 

Bantuan kewangan di saat memerlukan Memberikan anda wang tunai sekiranya anda disahkan menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal yang dilindungi supaya anda boleh mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
Perlindungan kewangan untuk keluarga anda Memberikan kekuargan anda wang tunai sekiranya anda kehilangan nyawa, supaya mereka dapat meneruskan kehidupan mereka tanpa perlu risau tentang kewangan.
Perlindungan kewangan untuk anda Memberikan anda wang tunai sekiranya anda tidak dapat terus menyara hidup disebabkan hilang upaya kekal dan menyeluruh.
Lindungi anda daripada tekanan kewangan Anda tidak perlu bimbang tentang masalah kewangan ketika berdepan dengan krisis.
Dapatkan rawatan perubatan yang lebih baik Dengan menerima wang tunai tersebut, rawatan perubatan yang terbaik boleh diperolehi.
Kos minimum dengan manfaat maksimum Memastikan perlindungan kewangan sepenuhnya dengan sumbangan serendah RM0.671 sehari!
Lindungi kediaman untuk keluarga anda Gunakan wang tunai yang disediakan oleh pelan ini untuk membayar gadai janji anda bagi menjamin pemilikan kediaman untuk keluarga anda seandainya sesuatu yang tidak diingini terjadi kepada anda.

1 Anggaran berdasarkan pada umur dan pelan.

 

Bagaimana anda boleh meningkatkan lagi perlindungan PruBSN CrisisCover anda?

 

Anda boleh mempertingkatkan perlindungan PruBSN CrisisCover anda menerusi manfaat-manfaat tambahan pilihan.

Memastikan bantuan kewangan berterusan untuk keluarga anda Family Income Benefit memberikan orang yang anda kasihi pendapatan bulanan untuk 120 bulan sekiranya anda hilang upaya kekal and menyeluruh sebelum berumur 70 tahun atau disahkan menghidap penyakit kritikal atau kehilangan nyawa.
Memastikan perlindungan berterusan Spouse Contributor membayar sumbangan-sumbangan anda pada masa depan sekiranya pasangan anda disahkan menghidap penyakit kritikal, atau hilang upaya kekal dan menyeluruh atau meninggal dunia.
 
Parent Contributor akan membayar untuk sumbangan-sumbangan pada masa depan anak anda sekiranya anda disahkan menghidap penyakit kritikal, atau hilang upaya kekal dan menyeluruh atau meninggal dunia.

 

Siapakah yang boleh menyertai PruBSN CrisisCover?

 

  • Anda boleh mengambil pelan ini seawal umur 19 tahun sehingga umur 65 tahun.
  • Anda juga boleh mula melindungi anak anda seawal umur 2 minggu.
  • Anda boleh memilih tempoh perlindungan tertakluk kepada minimum 10 tahun dan umur tamat tempoh sehingga 80 tahun.

 

Apakah manfaat-manfaat yang diberikan untuk umur 5 tahun ke bawah?

 

Jika berlaku penyakit kritikal, hilang upaya atau kehilangan nyawa sebelum umur 5 tahun, jumlah perlindungan asas yang dikurangkan akan dibayar seperti berikut. Ini dinamakan lien juvenil.
 

Umur 1 2 3 4 5 dam ke atas
Peratusan Jumlah Perlindungan Asas yang Dibayar 20% 40% 60% 80% 100%

 

Berapakah sumbangan bagi PruBSN CrisisCover?

 

Sumbangan bulanan minimum untuk pelan ini ialah RM20. Walaubagaimanapun, sumbangan sebenar adalah tertakluk kepada yang berikut:

  • umur anda
  • jumlah dan tempoh perlindungan anda
  • status kesihatan anda
  • pekerjaan anda (jika berkenaan)
  • jantina anda
  • kaedah dan kekerapan pembayaran anda

 

Apakah caj-caj yang dikenakan dalam PruBSN CrisisCover?

 

PruBSN CrisisCover adalah berlandaskan model Wakalah Bil Ajr di mana sumbangan anda akan dimasukkan ke dalam akaun anda setelah kami mengambil caj wakalah. Ini adalah yuran bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang kami sediakan.
 
Butiran mengenai caj wakalah dan lain-lain caj berkaitan disenaraikan seperti dalam jadual di bawah.

Jenis caj Butiran caj
Caj wakalah pendahuluan Caj ini digunakan untuk membayar komisen dan perbelanjaan berkaitan pengagihan serta untuk menguruskan dan melabur Dana Tabarru'. Caj sebagai peratusan2 daripada sumbangan anda adalah sperti di bawah.
 
Tahun sijil 1 2 3 dan 4 5 dan 6 7 dan ke atas
Caj wakalah pendahuluan 75% 55% 35% 20% 0%
Caj sijil Caj sebanyak RM24 dikenakan setiap tahun. Caj ini adalah bagi kos pengurusan sijil anda.
Tabarru' Kami menolak suatu amaun setiap bulan berdasarkan umur, jantina, status kesihatan, pekerjaan (jika berkenaan) dan jumlah perlindungan sepanjang tempoh perlindungan.

2 Ini adalah caj untuk sijil yang bertempoh 20 tahun atau lebih. Untuk sijil yang mempunyai tempoh kurang daripada 20 tahun, ia akan dikurangkan sewajarnya. Sila rujuk kepada ilustrasi pelan untuk maklumat yang lebih terperinci.

 

Bagaimanakah perkongsian Keuntungan Pelaburan berdasarkan prinsip-prinsip Mudharabah dilaksanakan?

 

Prinsip Mudharabah membenarkan sebarang keuntungan pelaburan daripada Akaun Khas Individu (ISA) dikongsi di antara anda dan kami. Anda akan menerima 80% daripada keuntungan pelaburan, sementara kami akan menerima baki 20%. Bahagian keuntungan anda akan dimasukkan semula ke dalam ISA anda.

 

Adakah saya akan menerima sebarang lebihan daripada pelan ini?

 

Anda layak menerima sekurang-kurangnya 50%3 daripada lebihan yang boleh diberikan (jika ada) pada setiap tahun. Baki sehingga 50%3 dikongsi bersama kami sebagai insentif untuk mengurus Dana Tabarru'. Bahagian lebihan anda yang boleh diberikan akan dimasukkan semula ke dalam ISA anda.
 
3 Amaun sebenar bagi lebihan yang boleh diberikan akan diputuskan secara tahunan dan tertakluk kepada kelulusan daripada Jawatankuasa Syariah dan Lembaga Pengarah Prudential BSN Takaful Berhad.


 

 xxxxx