PruBSN Employee Benefits

Hargai Mereka Dengan Sewajarnya

Mencari dan mengekalkan pekerja yang cemerlang adalah satu cabaran. Sebagai majikan, anda mahu memberikan manfaat-manfaat perlindungan pekerja yang paling komprehensif. Anda mahu mereka dan bakal pekerja tahu bahawa kebajikan mereka dititikberatkan ketika bekerja di organisasi anda.
 
Di PruBSN, kami memahami keperluan anda. Dengan PruBSN Employee Benefit, kami menawarkan anda pelan manfaat pekerja yang eksklusif untuk memenuhi keperluan mereka.

Berikut adalah beberapa soalan yang sering ditanya untuk membantu anda memahami produk kami dengan lebih baik.

Bagaimana PruBSN Employee Benefit membantu para pekerja?

 

PruBSN Employee Benefit memberikan bantuan kewangan untuk:

Untuk mereka yang disayangi Kehilangan nyawa adalah satu tragedi tetapi hidup harus diteruskan oleh pasangan dan anak-anak mereka. Pastikan keperluan keluarga mereka yang terdekat dilindungi dengan mengurangkan beban kewangan mereka.
Untuk sokongan emosi mereka Kehilangan nyawa pasangan atau anak-anak merupakan pengalaman yang memberi kesan kepada emosi. Berikan sokongan dengan memberi pampasan untuk membantu mereka melalui situasi tersebut.
Untuk menampung keperluan fizikal mereka Kemalangan boleh berlaku dan mengakibatkan hilang upaya fizikal yang menghalang mereka daripada bekerja seperti biasa. Ringankan beban mereka dengan memberikan pendapatan gantian untuk menyesuaikan diri.
Untuk keperluan perubatan mereka Situasi-situasi yang tidak dijangkakan seperti disahkan menghidap penyakit yang mengancam nyawa boleh mengganggu kehidupan mereka. Bantu mereka supaya mereka boleh mendapatkan penjagaan terbaik bagi keperluan perubatan mereka.

 

Apakah PruBSN Employee Benefit?

 

PruBSN Employee Benefit adalah satu pelan takaful berkelompok dengan sumbangan tunggal tahunan yang boleh diperbaharui. Ia direka dengan empat jenis perlindungan – Employee Term Takaful (ETT), Employee PA (EPA), Employee Crisis Protector (ECP) dan Employee Takaful Income (ETI) – yang memberi perlindungan apabila berlaku kehilangan nyawa, hilang upaya, kemalangan dan penyakit kritikal.

Pelan Manfaat Butiran
ETT Kehilangan nyawa Satu amaun dibayar sekaligus apabila berlaku kehilangan nyawa secara semulajadi atau disebabkan kemalangan.
  Hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD) Satu amaun dibayar sekaligus apabila mengalami TPD berlaku secara semulajadi atau disebabkan kemalangan.
  Elaun khairat kematian Untuk jumlah perlindungan asas RM50,000 dan ke atas:
i. RM1,000 sekali bayaran apabila pasangan meninggal dunia
ii. RM500 setiap bayaran apabila anak meninggal dunia (maksimum 3 kali bayaran)
EPA Kehilangan nyawa atau hilang upaya kekal Satu amaun dibayar sekaligus apabila kehilangan nyawa atau hilang upaya kekal akibat kemalangan.
ECP Penyakit kritikal Satu amaun dibayar sekaligus apabila seorang pekerja disahkan menghidap penyakit kritikal yang dilindungi. Bayaran ECP akan mengurangkan manfaat ETT.
ETI Hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD) Apabila seorang pekerja mengalami TPD, ETI akan dibayar secara tahunan selama 10 tahun atau sehingga pekerja meninggal dunia, yang mana terdahulu. Bayaran tahunan pertama akan dibayar 1 tahun selepas kejadian tersebut.

 

Apakah pilihan-pilihan yang disediakan untuk PruBSN Employee Benefit?

 

Pelan Pelan A Pelan B Pelan C Pelan D Pelan E
ETT RM20,000 RM50,000 RM100,000 RM200,000 RM500,000
EPA RM20,000 RM50,000 RM100,000 RM200,000 RM500,000
ECP RM10,000 RM25,000 RM50,000 RM100,000 RM250,000
ETI RM2,000 RM5,000 RM10,000 RM20,000 RM50,000
Elaun khairat kematian Tiada Ya Ya Ya Ya

 

Siapa yang boleh menyertai PruBSN Employee Benefit?

 

Pelan ini ditawarkan kepada kumpulan yang mempunyai minimum 5 orang pekerja dalam lingkungan umur 17 dan 65 tahun. Umur maksimum untuk memperbaharui pelan adalah 69 tahun. Pekerja anda akan menjadi ahli yang dilindungi di dalam pelan ini.

 

Bagaimana PruBSN Employee Benefit berfungsi?

 

Sumbangan akan dibayar oleh majikan. Semua manfaat akan dibayar kepada majikan yang diamanahkan untuk membayar manfaat tersebut kepada pekerja atau waris mereka.

 

Apakah caj-caj dan potongan-potongan yang dikenakan dalam PruBSN Employee Benefit?

 

Butiran caj dan potongan disenaraikan dalam jadual di bawah.

Jenis caj dan potongan Butiran
Caj wakalah 30% daripada sumbangan kasar. Caj ini membenarkan PruBSN membayar komisen dan perbelanjaan berkaitan pengagihan serta perbelanjaan pengurusan.
Cukai perkhidmatan 6% daripada sumbangan kasar dan dibayar di atas sumbangan kasar yang perlu dibayar. Walau bagaimanapun, ianya tidak akan digunapakai untuk organisasi-organisasi yang berada di Zon Perdagangan Bebas.
Duti setem Caj duti setem sebanyak RM10 untuk sijil induk baru dan setiap kali anda memperbaharui sijil dengan PruBSN.
Tabarru' Sumbangan yang ditolak caj wakalah akan dimasukkan ke dalam Dana Tabarru’.

 

Adakah majikan akan menerima sebarang Lebihan daripada pelan ini?

 

Anda, sebagai pemilik pelan ini berhak menerima agihan lebihan termasuk keuntungan pelaburan (jika ada) pada setiap akhir tahun kewangan. Bersama pemegang-pemegang sijil utama yang lain, anda layak menerima sekurang-kurangnya 50% daripada lebihan dan PruBSN akan menerima baki sebanyak sehingga 50% sebagai insentif kerana menguruskan Dana Tabarru’. Amaun tepat agihan lebihan akan di nilai secara tahunan dan tertakluk kepada kelulusan kedua-dua Jawatankuasa Syariah dan Lembaga Pengarah PruBSN.
 

 xxxxx