HealthEnrich

HealthEnrich Melambangkan Keunikan Anda

Kesihatan anda adalah satu anugerah dan anda seharusnya mempunyai pelan yang menepati keperluan perubatan anda. Di Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), kami mahu anda menjalani kehidupan tanpa menjejaskan kesihatan anda.
 
HealthEnrich direka untuk memastikan anda menerima rawatan perubatan yang tiada tandingan. Rasa yakin apabila anda menerima nasihat perubatan daripada pakar bertaraf dunia. Peroleh ketenangan sepanjang kehamilan dengan perlindungan komplikasi-komplikasi kehamilan yang eksklusif. Anda juga dapat menikmati keselesaan dan privasi melalui penginapan suite dengan pembantu perubatan khas yang memenuhi keperluan anda.
 
Semua kelebihan ini dan lebih lagi khusus untuk melengkapi gaya hidup anda yang unik.

Berikut adalah beberapa soalan yang sering ditanya untuk membantu anda memahami produk kami dengan lebih baik.

Apakah HealthEnrich?

 

HealthEnrich adalah satu pelan rider perubatan melalui sumbangan berkala yang membayar balik perbelanjaan perubatan utama sekiranya anda dimasukkan ke hospital, menjalani pembedahan atau menerima rawatan sebagai pesakit luar. Pelan ini mempunyai empat pelan - HealthEnrich Vital, HealthEnrich Select, HealthEnrich Advanced dan HealthEnrich Premier - yang menyediakan kad perubatan individu untuk memberikan anda akses serta-merta di salah satu panel hospital kami.

 

Apakah pilihan yang ditawarkan oleh HealthEnrich?

 

Pilihan HealthEnrich Vital HealthEnrich Advanced HealthEnrich Select HealthEnrich Premier
Umur Kelayakan 20 minggu gestasi hingga 45 tahun 20 minggu gestasi hingga 70 tahun 14 hari hingga 70 tahun 14 hari hingga 70 tahun
Umur Tamat Tempoh 25, 70 atau 80 tahun 25, 70 atau 80 tahun 25, 70 atau 80 tahun 25, 70 atau 80 tahun
Perkongsian Kos Ko-takaful sahaja Ko-takaful atau Perlindungan Penuh Ko-takaful atau Perlindungan Penuh Perlindungan Penuh sahaja

Mulakan Awal bersama HealthEnrich Vital
Mulakan awal dengan pelan perubatan yang memberikan perlindungan penting dan sesuai dengan gaya hidup anda yang bertenaga. HealthEnrich Vital memberikan anda:
1. Rawatan perubatan yang boleh diperolehi di rangkaian 70 hospital kami di seluruh negara
2. Ketenangan di mana jua anda berada kerana anda dilindungi di seluruh dunia
3. Fleksibiliti untuk meningkatkan pelan mengikut keperluan anda yang bertambah dengan gaya hidup anda yang berubah

 

Apakah tawaran HealthEnrich Vital?

 

  Ko-Takaful
Jika Dimasukkan ke Hospital
Bilik dan Penginapan Hospital Harian (maksimum 120 hari setahun) RM150
Unit Rawatan Rapi (maksimum 30 hari setahun) Seperti yang dicaj
Rawatan dan Prosedur Pembedahan
Perkhidmatan dalam Hospital dan yang Berkaitan
Jika Perlukan Rawatan Pesakit Luar
Pembedahan Harian Seperti yang dicaj
Rawatan Sebelum Masuk Hospital dan Selepas Masuk Hospital
(dalam tempoh 90 hari sebelum dan selepas dimasukkan ke hospital)
Seperti yang dicaj
tertakluk kepada Ko-Takaful
Jika Menghadapi Penyakit yang Merubah Kehidupan
Rawatan Kanser Seperti yang dicaj
Jika Berdepan Situasi-situasi Kecemasan
Rawatan Kecemasan bagi Kecederaan akibat Kemalangan (Had Tahunan) RM1,500
Bantuan Perubatan Kecemasan Seluruh Dunia Ya
Had Tahunan Keseluruhan RM30,000
Had Seumur Hidup RM300,000

Penuhi Kehidupan bersama HealthEnrich Select
Pilih pelan yang memenuhi kehidupan dengan perlindungan terbaik dan memenuhi tanggungjawab anda yang meningkat. HealthEnrich Select menawarkan anda:
1. Perlindungan kemasukan ke hospital dan pembedahan yang komprehensif
2. Manfaat-manfaat unik yang memberi ketenangan untuk ibu yang mengandung
3. Perlindungan penuh untuk bil-bil perubatan anda yang memberikan perlindungan tambahan dan ketenangan minda

 

Apakah tawaran HealthEnrich Select?

 

  Ko-Takaful Perlindungan Penuh
Jika Dimasukkan ke Hospital
Bilik dan Penginapan Hospital Harian (maksimum 200 hari setahun) RM200 RM200
Unit Rawatan Rapi (maksimum 60 hari setahun) Seperti yang dicaj
tertakluk kepada Ko-Takaful
Seperti yang dicaj
Rawatan dan Prosedur Pembedahan
Perkhidmatan dalam Hospital dan yang Berkaitan
Jika Perlukan Rawatan Pesakit Luar
Pembedahan Harian Seperti yang dicaj Seperti yang dicaj
Penjagaan Jururawat di Rumah (180 hari seumur hidup) Seperti yang dicaj
tertakluk kepada Ko-Takaful
Rawatan Sebelum Masuk Hospital dan Selepas Masuk Hospital
(dalam tempoh 90 hari sebelum dan selepas dimasukkan ke hospital)
Jika Menghadapi Penyakit yang Merubah Kehidupan
Rawatan Kanser Seperti yang dicaj
Seperti yang dicaj
Rawatan Dialisis Buah Pinggang
Jika Berdepan Situasi-situasi Kecemasan
Komplikasi-komplikasi Kehamilan (Had Tahunan) RM6,000 RM6,000
Rawatan Kecemasan bagi Kecederaan akibat Kemalangan (Had Tahunan) RM2,000 RM2,000
Bantuan Perubatan Kecemasan Seluruh Dunia Ya Ya
Had Tahunan Keseluruhan RM60,000 RM60,000
Had Seumur Hidup RM600,000 RM600,000

Langkah ke Hadapan bersama HealthEnrich Advanced
Langkah ke hadapan dengan pelan yang memberikan perlindungan terkini dan melengkapi gaya hidup anda yang sibuk. HealthEnrich Advanced menyediakan anda:
1. Proses yang lebih mudah dengan urusan kemasukan ke hospital yang telah diuruskan dan penepian deposit hospital di Hospital-hospital Pilihan
2. Rundingan secara langsung dengan pakar-pakar perubatan tempatan dan antarabangsa yang bertaraf dunia
3. Ganjaran jika anda kekal sihat dengan Bonus Tiada Tututan melalui pilihan ko-takaful

 

Apakah tawaran HealthEnrich Advanced?

 

  Ko-Takaful Perlindungan Penuh
Ganjaran untuk Kekal Sihat
Bonus Tiada Tuntutan RM250 Tiada
Jika Dimasukkan ke Hospital
Bilik dan Penginapan Hospital Harian (maksimum 200 hari setahun) RM300 RM300
Elaun Tunai Harian Masuk Hospital (maksimum 200 hari setahun) RM100 RM100
Unit Rawatan Rapi (maksimum 60 hari setahun) Seperti yang dicaj
tertakluk kepada Ko-Takaful
Seperti yang dicaj
Rawatan dan Prosedur Pembedahan
Perkhidmatan dalam Hospital dan yang Berkaitan
Deposit Hospital di Hospital-hospital Pilihan Diketepikan Diketepikan
Jika Perlukan Rawatan Pesakit Luar
Pembedahan Harian Seperti yang dicaj Seperti yang dicaj
Penjagaan Jururawat di Rumah (250 hari seumur hidup) Seperti yang dicaj
tertakluk kepada Ko-Takaful
Rawatan Sebelum Masuk Hospital dan Selepas Masuk Hospital
(dalam tempoh 90 hari sebelum dan selepas dimasukkan ke hospital)
Jika Menghadapi Penyakit yang Merubah Kehidupan
Pendapat Perubatan Kedua
• Konsultasi dan Diagnosis dalam Malaysia (Had Tahunan)
• Konsultasi dengan Pakar Bertaraf Dunia

RM500
Ya

RM500
Ya
Rawatan Kanser Seperti yang dicaj
tertakluk kepada Ko-Takaful
Seperti yang dicaj
Rawatan Dialisis Buah Pinggang
Pemindahan Organ (Had Seumur Hidup Tambahan) RM100,000 RM100,000
Jika Berdepan Situasi-situasi Kecemasan
Komplikasi-komplikasi Kehamilan (Had Tahunan) RM10,000 RM10,000
Rawatan Kecemasan untuk Kecederaan akibat Kemalangan (Had Tahunan) RM3,000 RM3,000
Bantuan Perubatan Kecemasan Seluruh Dunia Ya Ya
Had Tahunan Keseluruhan RM100,000 RM100,000
Had Seumur Hidup RM1,000,000 RM1,000,000

Nikmati Keistimewaan bersama HealthEnrich Premier
Nikmati keistimewaan dengan pelan yang menawarkan keperluan yang unggul dan menepati gaya hidup anda. HealthEnrich Premier menawarkan anda:
1. Penginapan bilik suite yang mewah dan rawatan ekslusif di Hospital-hospital Pilihan kami seluruh negara
2. Pembantu perubatan khas untuk memenuhi setiap keperluan anda
3. Had kemasukan hospital yang tinggi untuk keperluan perubatan anda.

 

Apakah tawaran HealthEnrich Premier?

 

  Perlindungan Penuh
Jika Dimasukkan ke Hospital
Bilik dan Penginapan Hospital Harian (maksimum 365 hari setahun)
• Hospital-hospital Pilihan
• Lain-lain hospital

RM1,000
RM500
Elaun Tunai Harian Masuk Hospital (maksimum 365 hari setahun) RM200
Pembantu Perubatan Khas Harian (maksimum 365 hari setahun) RM200
Unit Rawatan Rapi (maksimum 120 hari setahun) Seperti yang dicaj
Rawatan dan Prosedur Pembedahan
Perkhidmatan dalam Hospital dan yang Berkaitan
Deposit Hospital di Hospital-hospital Pilihan Diketepikan
Jika Perlukan Rawatan Pesakit Luar
Pembedahan Harian Seperti yang dicaj
Penjagaan Jururawat di Rumah (365 hari seumur hidup)
Rawatan Sebelum Masuk Hospital dan Selepas Masuk Hospital
(dalam tempoh 90 hari sebelum dan selepas dimasukkan ke hospital)
Jika Menghadapi Penyakit yang Merubah Kehidupan
Pendapat Perubatan Kedua
• Konsultasi dan Diagnosis dalam Malaysia (Had Tahunan)
• Konsultasi dengan Pakar Bertaraf Dunia

RM1,000
Ya
Rawatan Kanser Seperti yang dicaj
Rawatan Dialisis Buah Pinggang
Pemindahan Organ (Had Seumur Hidup) RM200,000
Jika Berdepan Situasi-situasi Kecemasan
Komplikasi-komplikasi Kehamilan (Had Tahunan) RM20,000
Rawatan Kecemasan untuk Kecederaan akibat Kemalangan (Had Tahunan) RM5,000
Bantuan Perubatan Kecemasan Seluruh Dunia Ya
Had Tahunan Keseluruhan RM200,000
Had Seumur Hidup RM4,000,000

 

Apakah Ko-takaful?

 

Ko-takaful adalah persetujuan perkongsian kos di mana peserta akan membayar jumlah peratusan yang ditetapkan bagi satu kelayakan manfaat. Jika ko-takaful dipilih, peserta perlu membayar 10% daripada kos kelayakan manfaat, tertakluk kepada ko-takaful minimum sebanyak RM400 dan untuk manfaat-manfaat bawah Jika Perlukan Rawatan Pesakit Luar, Rawatan Kanser dan Rawatan Dialisis Buah Pinggang, tiada minimum ko-takaful amaun yang dikenakan.

 

Apakah Hospital-hospital Pilihan?

 

Hospital-hospital Pilihan adalah hospital yang dipilih untuk menyediakan perkhidmatan tambahan kepada peserta-peserta yang menyertai pelan HealthEnrich Advanced atau HealthEnrich Premier.


Klik di sini   untuk senarai Hospital-hospital Pilihan.

 

Berapakah bayaran sumbangan saya untuk pelan ini?

 

Sumbangan yang dibayar adalah berdasarkan umur kemasukan anda dan tidak akan bertambah apabila umur anda semakin meningkat. Lengkapkan jadual berikut untuk mengetahui jumlah sumbangan yang sepadan dengan pilihan anda. Klik di sini untuk mendapatkan kadar sumbangan tahunan anda.


Klik di sini   untuk mendapatkan kadar sumbangan anda.

 

Apakah manfaat Organ Transplant?

 

Manfaat Organ Transplant adalah had seumur hidup tambahan apabila anda menjalani salah satu daripada pembedahan pemindahan organ untuk buah pinggang, jantung, paru-paru, hati, tulang sumsum atau kornea. Had tambahan sekali semur hidup ini adalah had tambahan daripada had tahunan dan had seumur hidup bagi HealthEnrich Advanced dan HealthEnrich Premier.


 

Apakah kelebihan Rawatan Kanser dan Rawatan Dialisis Buah Pinggang?

 

Anda boleh mendapatkan rawatan-rawatan seperti hemodialisis, radioterapi dan kemoterapi di hospital-hospital panel kami dengan menggunakan kad perubatan tanpa sebarang pembayaran ko-takaful. Di samping itu, HealthEnrich melindungi sebarang rundingan, ujian pemeriksaan dan dadah yang dibawa pulang.


 

Apakah caj-caj dan potongan-potongan yang dikenakan dalam HealthEnrich?

 

Butiran caj dan potongan disenaraikan dalam jadual di bawah.


Jenis Caj dan Potongan Butiran
Caj wakalah pendahuluan Caj ini membenarkan kami membayar komisen dan perbelanjaan berkaitan pengagihan serta perbelanjaan pengurusan. Peratusan di bawah adalah berdasarkan tempoh 20 tahun atau lebih. Bagi tempoh kurang daripada 20 tahun, sila rujuk Illustrasi Pelan.
 
Tahun sijil 1 2 3 4 5 dan 6 7 dan keatas
Caj wakalah pendahuluan 60% 60% 50% 30% 20% 0%
Tabarru' Kami menolak suatu amaun setiap bulan berdasarkan umur, status kesihatan, pekerjaan (jika berkenaan), amaun perlindungan untuk tempoh perlindungan.

 

Adakah saya akan menerima sebarang Lebihan daripada pelan ini?

 

Anda berhak menerima agihan lebihan termasuk keuntungan pelaburan (jika ada) pada setiap akhir tahun kewangan. Anda, beserta peserta lain layak menerima sekurangkurangnya 50% daripada lebihan dan PruBSN akan menerima baki sebanyak sehingga 50% sebagai insentif kerana menguruskan Dana Tabarru'. Bahagian agihan lebihan anda akan dimasukkan semula ke dalam PUA anda. Amaun tepat agihan lebihan akan dinilai secara tahunan dan tertakluk kepada persetujuan kedua-dua Jawatankuasa Syariah dan Lembaga Pengarah PruBSN.
 

 xxxxx