PruBSN Ummahlink

Dalam usaha memenuhi impian hidup anda, rancanglah lebih awal.

PruBSN UmmahLink membawa anda selangkah ke hadapan dalam meningkatkan simpanan anda di samping memberikan anda perlindungan yang sepatutnya untuk rancangan kehidupan anda. Dengan PruBSN UmmahLink, anda akan menerima semula bayaran tunai setiap dua tahun, nikmati perlindungan hayat dan kewangan serta mendapat maklumat di hujung jari yang akan membawa anda selangkah lebih dekat dalam memenuhi impian hidup anda. 
 
Berikut adalah beberapa soalan yang sering ditanya untuk membantu anda memahami produk kami dengan lebih baik. 

Apakah PruBSN UmmahLink?

Pelan PruBSN UmmahLink adalah pelan yang direka bagi pelanggan yang ingin perlindungan untuk diri sendiri dan membantu mereka memenuhi kewajipan agama pada masa yang sama, termasuk tetapi tidak terhad kepada menunaikan ibadah Haji/Umrah. Di samping itu, ia juga menyediakan bayaran tunai setiap dua tahun yang boleh digunakan untuk memenuhi impian hidup yang lain.

Bagaimanakah PruBSN UmmahLink dengan Cashbuilder membantu anda demi memenuhi impian hidup anda?

Di bawah adalah ilustrasi bagaimana PruBSN UmmahLink dengan CashBuilder memberi anda ganjaran untuk jangka masa panjang.


 
Bagaimanakah PruBSN UmmahLink boleh membantu anda di samping simpanan Tabung Haji anda?

PruBSN UmmahLink merupakan pelengkap kepada simpanan Tabung Haji anda dengan memberikan anda bayaran tunai setiap dua tahun melalui CashBuilder dengan pilihan untuk memindah bayaran tunai secara automatik dalam akaun Tabung Haji anda.

 
Siapakah yang boleh menyertai pelan ini?

Pelan ini adalah untuk mereka yang berumur di antara 19 dan 70 yang mahukan pelan komprehensif untuk merancang masa depan mereka.

 

Bagaimanakah saya mengaturkan Badal Haji?

Sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan TPD sebelum sempat menunaikan Haji, kami akan menguruskan apa yang perlu supaya Badal Haji ditunaikan badi pihak anda. Kami akan membayar RM3,000 kepada penama yang dilantik oleh anda (sebaik waris terdekat) atau kepada Tabung Haji Travel & Services agar mereka dapat menunaikan Badal Haji bagi pihak anda.

 

Berapakah yang perlu saya sumbangkan untuk pelan ini?

Sumbangan bulanan minimum adalah RM1502. Walaubagaimanapun, sumbangan sebenar anda akan bergantung kepada berikut:

  • Umur anda
  • Jumlah dan terma perlindungan anda
  • Status kesihatan anda
  • Jantina anda
  • Kaedah pembayaran anda
  • Kekerapan pembayaran anda

2 Sumbangan tersebut adalah termasuk sumbangan CashBuilder yang berdasarkan amaun bayaran tunai.

 

Apakah caj-caj yang dikenakan untuk PruBSN UmmahLink?

PruBSN UmmahLink adalah berlandaskan model Wakalah Bil Ajr di mana sumbangan anda akan dimasukkan ke dalam akaun anda setelah kami mengambil sebahagian daripadanya sebagai caj wakalah. Ini adalah butiran wakalah dan caj-caj lain yang kami sediakan.

Jenis caj Butiran
Caj wakalah pendahuluan Caj ini membenarkan kami untuk membayar komisen dan perbelanjaan berkaitan pengagihan serta perbelanjaan pengurusan.3
 
Tahun Sijil 1 2 3 4 5 & 6 7 & ke atas
Caj 60% 60% 50% 30% 20% 0%
  Untuk CashBuilder, caj wakalah pendahuluan adalah 5% sepanjang tempoh sijil untuk sumbangan yang diperuntukkan di dalam IUA sahaja. Caj wakalah tidak dikenakan untuk sumbangan yang diperuntukkan di dalam CUA.
  3 Ini adalah caj untuk sijil yang bertempoh 20 tahun atau lebih. Untuk sijil yang mempunyai tempoh kurang daripada 20 tahun, sila rujuk kepada pelan ilustrasi.
Caj pengurusan aset Caj ini dikenakan pada dasar harian daripada nilai akaun pelaburan anda untuk perbelanjaan pengurusan pelaburan anda.
 
Takafulink Dana Bon 0.5% p.a.
Takafulink Dana Ekuiti 1.5% p.a.
Takafulink Dana Urus 1.3% p.a.
Takafulink Dana Simpanan Tiada berkenaan
Caj perkhidmatan Caj ini dikenakan untuk perbelanjaan perkhidmatan sijil.
 
Cara pembayaran Caj
Tunai/Cek RM6 sebulan
Lain-lain RM5 sebulan
Caj penambahan Kami mengenakan caj 5% untuk setiap penambahan sumbangan tunggal. Di samping itu, untuk setiap penambahan yang kurang daripada RM5,000, caj tambahan sebanyak RM25 akan dikenakan.
Caj menukar ganti dana Kami menyediakan empat tukar ganti percuma setiap tahun. Untuk sebarang tukar ganti lanjutan dalam tempoh tahun tersebut, caj tukar ganti ditetapkan pada 1% daripada amaun yang ditukar ganti (tertakluk kepada maksimum RM50).
Tabarru' Kami menolak suatu amaun setiap bulan daripada akaun perlindungan anda berdasarkan umur, jantina, jumlah perlindungan, kelas pekerjaan dan status merokok.

 

Adakah saya akan menerima sebarang lebihan daripada pelan ini?

Anda berlayak menerima sekurang-kurangnya 50%4 daripada lebihan yang boleh diberikan (jika ada) yang didapati daripada Tabarru' pada setiap tahun. Baki sehingga 50% dikongsi bersama kami sebagai insentif untuk mengurus Dana Tabarru'. Lebihan yang boleh diberikan kepada anda akan dimasukkan semula ke dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA).


4 Amaun sebenar lebihan yang boleh diberikan akan ditentukan setiap tahun dan tertakluk kepada kelulusan daripada Jawatankuasa Syariah dan Lembaga Pengarah PruBSN.

 

Bagaimanakah PruBSN UmmahLink membantu untuk memunuhi impian hidup anda?

Simpanan & Pelaburan

CashBuilder Ia memberikan bayaran tunai setiap dua tahun dan fleksibiliti untuk menambah atau mengurangkan amaun bayaran tunai serta pilihan untuk menerima atau mengumpulkan bayaran tunai tersebut untuk nilai tunai lebih tinggi. Anda juga boleh memilih untuk pindahkan amaun tersebut secara automatik ke dalam akaun tabung Haji atau akaun simpanan peribadi.
Pelaburan Ia mengoptimumkan peningkatan pelaburan anda melalui pelaburan di dalam Dana-dana Takafulink.

 

Perlindungan

Kehilangan Nyawa atau Kehilangan Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD) Penama anda atau anda akan menerima tunai bersamaan amaun jumlah perlindungan.
Manfaat Khairat Kematian Ahli keluarga anda akan menerima tambahan RM2,000 sebagai manfaat khairat kematian yang boleh digunakan untuk perbelanjaan pengkebumian atau yang berkenaan.
Badal Haji Sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh sebelum anda berpeluang menunaikan Haji, kami akan memastikan kewajipan Haji anda akan ditunaikan dengan membayar RM3,000 kepada penama yang dilantik oleh anda atau pihak ketiga untuk menunaikan Badal Haji untuk anda.

Para pelanggan bukan beragama Islam akan mendapatkan manfaat ini sebagai tambahan kepada manfaat khairat kematian.
Manfaat Takaful Berganda Amaun Manfaat Takaful Berganda akan dibayar jika berlaku kematian atau TPD semasa menunaikan Haji atau Umrah.
 
Bagaimanakah anda boleh meningkatkan lagi perlindungan PruBSN UmmahLink?

Anda boleh meningkatkan manfaat-manfaat PruBSN UmmahLink anda menerusi manfaat-manfaat pilihan berikut1.

Tingkatkan manfaat anda untuk perubatan, kemalangan dan kesihatan Menerima rawatan perubatan yang tiada tandingan dan dilindungi sepenuhnya dengan rider HealthEnrich untuk melengkapi gaya hidup anda.

Untuk melindungi anda terhadap kemalangan yang tidak diingini melalui The Accidental Death and Disablement (ADD) dan untuk menanggung bayaran bagi bil-bil perubatan apabila anda menyertai dalam Accidental Medical Reimbursement (AMR).

Nota: AMR perlu diambil bersama-sama dengan ADD.
Perlindungan penyakit kritikal Dapatkan perlindungan untuk 36 penyakit kritikal apabila anda menyertai Crisis Shield.
Meningkatkan dana simpanan Membina simpanan anda dengan pintas melalui pelaburan dengan melampirkan Takaful Saver.
Memastikan perlindungan berterusan Pilihan daripada Contributor riders yang terus membayar sumbangan perlindungan pada masa depan anda sekiranya berlaku penyakit kritikal, TPD atau kehilangan nyawa.

Anda juga boleh memilih rider Takaful Saver Contributor untuk memastikan pelaburan anda terus berkembang untuk simpanan anda jika berlaku penyakit kritikal, TPD atau kehilangan nyawa.

1 Penyertaan manfaat tambahan adalah tertakluk kepada pendunderaitan dan sumbangan tambahan.

 



 xxxxx